Monday, 18 August 2014

Mixer



Alhamdulillah hari ini kami merasmikan mixer 20 liter ni. Perasaan? Ya ALLAH happy tak terkata bila tengok doh diuli....happy...bahagia....terpegun...teruja...kagum..semua perasaan menjadi 1.

Sebelum ni kami uli pakai tangan...gilir2 bersama...sejam pun tak elastik lg huhu...tp dgn pembantu baru ini, 15 minit doh dah jadi ok...

Saya bahagia, suami super excited!!
Alhamdulillah ya ALLAH...

Saturday, 9 August 2014

Branding

Hari ni kami nak berkongsi antara design2 yg dibuat khas utk bisness kami.

Label CheeseTart :


Label Kek Coklat

Logo Bakery Kami


Label Cheese Leleh

Alhamdulillah dengan sedikit peluang mengambil diploma 

Friday, 8 August 2014

Kursus Roti Pertama

5 Ogos 2014
Pukul 10 pagi - 7 petang
Tempat : Bengkel kek dan roti, Chepir Sik,
Pengajar : Kak Nor Jannah.
Jenis kursus : Personal Loaf Dan Benggali
Yuran : RM350

Alhamdulillah dengan lebihan rezeki darinya dapat kami menghadiri kursus roti ini. Terlalu-terlalu-terlalu banyak yg dipelajari hinggakan terasa bahagianya hari ini. Antara yg membuatkan hari ini full of happiness ialah :

1. Belajar buat roti.
2. Berkenalan dan berukhwah dengan tokey roti yg sangat hebat.
3. Belajar dan berkongsi tentang niaga.
4. Diberi semangat untuk kuat.
5. Perkongsian tentang pendidikan anak dan keluarga.

Kak NorJannah :

Berusia 36 tahun, mempunyai 4 kedai kek dan roti serta kiosk donut. Berpendapatan bersih hampir 60k sebulan. Sudah 3 tahun membuka kedai. Seorang yang kuat dan cekal. Pernah diuji dengan kerugian akibat sihir, kekurangan modal, dihina dan sebahagiannya. Dalam kesibukan berniaga, berjaya memiliki anak berumur 12 tahun yang sudah menghafal hampir keseluruhan Al-Quran. Tak lokek ilmu langsung.!

Antara tips sepanjang pro

Thursday, 7 August 2014

Post-Mortem Biskut Raya 2014


Alhamdulillah tahun 2014 merupakan tahun pertama kami bisness. Dan berikut adalah report dan post-mortem yg telah dibuat :

Maklumat :

Modal : RM1500
Jualan : 180 bekas
Harga : RM22 / RM25
Jumlah Jualan : RM3'960
Untung : RM2460

Agen :
Ma : 72 bekas
Kak ya : 23 bekas
Kak dat : 31 bekas
Ilah : 10 bekas
Solehah : 14 bekas
Kak yani : 4 bekas
Lain-lain : individu

Komisen utk agen : RM3

Top selling:
1. Biskut Bangkit Cheese
2. Frozen Blueberry
3. Tart nenas cheese

Kesilapan :
1. Sample dikeluarkan lewat. 1 minggu lepas raya. Jadi x sempat utk luaskan pasaran.
2. Kekurangan agen.
3. Production siap 2 hari sebelum raya.
4. Banyak kuih yang rosak.
    - overbaked
    - doh rosak
    - saiz x sama.
    - patah.
5. Buat kuih cukup-cukup. Sepatutnya lebih supaya boleh jual pada org yg nak.
6. Tiada tempahan kek raya.
7. Tiada label

Bahan mentah : Cukup dan tiada pembaziran.

TARGET 2015

1. Modal 5k - 10k
   Untung 15k - 30k
2. Tambah jenis biskut.
3. 3 bulan sebelum puasa tentukan biskut untuk dijual.
4. Sample edar 2 bulan sebelum puasa.
5. Cari agen setiap sekolah.
6. Tempahan kuih raya siap sebelum puasa.
7. Seminggu sebelum raya siapkan tempahan kek.
8. Packing kerepek,
9. Buat label.
10. Lebihkan stok kuih.
11. Buat berhati-hati agar tidak rosak.

InsyaALLAH sukses!!

Wednesday, 6 August 2014

Posting pertama

Bismillah Alhamdulillah...

Al-Ghazzi, mewakili nama tempat di Palestine iaitu Gazza. Ketika kami memikirkan nama yg sesuatu utk daftar syarikat, timbul idea dari suami utk menggunakan nama berkaitan palestine memandangkan sekarang Palestine sekali lagi sedang bermandi darah. Nama ini diambil untuk mengingati peristiwa yg berlaku di Ghazza, Palestine. InsyaALLAH semoga dipermudahkan urusan pendaftaran syarikat kami iaitu Al-Ghazzi Enterprise.

Di sinilah tempat untuk kami coretkan apa saja kami lalui untuk membangunkan perniagaan ini. Di sinilah akan tercatit segala-galanya.

Perniagaan ini dibangungkan sepenuhnya oleh kami suami isteri. Besar harapan utk berjaya terlalu banyak impian. Semoga ALLAH mudahkan .


Terlalu besar impian kami untuk bina legasi niaga ini.